Saturday, 31 July 2010

11. Penutup

Apa yang cuba disampaikan di dalam penulisan ini merupakan panduan secara umum mengenai perkara yang diperlukan untuk melangkah dan melalui jalan menuju Allah. Untuk lebih memahami keperluan di jalan ini maka dianjurkan agar kita berusaha untuk menambah ilmu yang ada pada kita. Allah swt berfirman:

"Dan bagaimanakah kamu dapat sabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?" (Al Kahfi : 68)

Seseorang tidak mungkin mencapai tingkat muttaqin jika tidak berilmu. Ilmu pula tidak ada gunanya jika tidak dibuktikan dengan amal perbuatan. Oleh itu amalkanlah setiap apa yang dipelajari. Semoga Allah memasukkan kita ke dalam golongan yang Ia berfirman:

".....tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan." (Al Hujuraat : 7)

Firman Allah swt:

"Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatNya. Maka gembirakanlah mereka dengan keampunan dan pahala yang mulia." (Yaa Siin : 11)

No comments:

Post a Comment